Friday, 13 April 2012

Pejabat Pos Jalan Sultan

Memang susah nak cari tempat ni, dok guggle2, habis satu PJ dok pusing. Rupanya tempat tu ada kat depan HSBC jer, pintu masuk dia sama dengan entrance tempat buat IC tu...... masalahnya kenapa tak der sign board kat situ.....

Sunday, 6 March 2011

Ikan Puyu



Salam Sejahtera,

Ikan kegemaranku, teringat masa kecil dulu-dulu, nenek selalu pergi memancing ikan nie kat bendang di Perlis.Aku memang orang kampung wei....Ikan ni aku beli pada 5 Mac 2011, waktu nak balik PJ dari kutip duit sewa rumah di Bukit Beruntung. Kalau kat PJ ikan ni susah gak nak jumpa.....kalau ikan haruan ada banyak lah.

Friday, 4 March 2011

Perangai Penyewa Rumah


Dah letak sign board, tentu orang call nak tanya dan nak tengok rumah. Hemmm... satu hal pulak nak pergi bukit Beruntung, tunjuk rumah. 

Penyewa dulu tu dah lari waktu malam, habis segala barang di dalam rumah rosak, lampu pun habis dicabut nyer…..besok Sabtu dah ler ada training 10 pagi sampai waktu lunch. Berkejar pergi Shah Alam pulak, dari Bangsar.Kena standby kat ofis developer jual rumah.

Partner ofis aku bercuti, pergi holiday kat Sabah. To complicated the matter more, aku kena ambik anak dari sekolah. Ada merentas desa besok, dengar kata dia kena berlari banyak kilometer gak…..penat tu…

To do list tomorrow,
1.     Hantar anak sekolah
2.     Attend training kat Bangsar
3.     Ambik anak balik sekolah
4.     Standby kat Shah Alam
5.     Beli lampu dan pintu bilik air
6.     Malamnya kat Bukit Beruntung pasang lampu, collect deposit rumah, sewanya RM170 jer….dok bayar bank RM350 (nasib badan lah)

Saturday, 26 February 2011

Hari Ahad takder benda nak buat hari ni.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ingat hati nak g Bukit Beruntung jap g pukul 2 petang. Nak pasang sign board. Nak sewakan rumah flat aku yang dah lebih 3 bulan kosong. Nak tau tak pasal apa tak der orang sewa, adalah bank tuh,,,,aku ambil loan rumah ngan diaorang, lama gak akaun aku tertunggak, tak berbayar.... malas nak bayar, attitude ni dipanggil Crime of Opportunity (aku reka perpatah ni). Aku ingat kalau tak bayar pun bank tak leh nak buat apa kat aku.

Tup-tup dia hantar orang untuk buat valuation,(nak lelong lah tu...) penyewa aku terus lari waktu malam....malu pada jiran katanya...aku pun ngan rasa insaf, sambung jer lah bayar loan rumah tu....pakai duit EPF... dan bayar gak setiap bulan kat bank.

Aku sakit hati nak bayar, sebab income dari sewa cuma RM150. Aku dok bayar bank ni RM350 setiap bulan dari tahun 1999. cuba buat math sikit...... kalau kita bayar RM350*100 bulan, dah terbakar duit aku RM35,000.(itu belum campur bunga yang dibayar waktu 3 tahun pembinaan) Tak sedar kena sedut sikit-sikit. Lama-lama pokai gak, kalau berterusan cam ni. Duit maintenance pun kena bayar gak woooo.Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water dan segala macamlah yang kena bayar....


Aku beli rumah tu masa lepas lahirkan anak, ingat hati untuk bagi kat dia tinggal kalau dah dewasa esok. Tapi kalau ada rezeki orang sewa tu, balik modal lah kot. Kalau sewa dia sama ngan installment, berbaloi lah investment aku..tapi hampeh...beli RM45 ribu. Sekarang market value cuma RM15 ribu jer....moral of the story kat sini, kalau nak invest, beli lah rumah yang dah ada penyewa, bulan pertama tu kita dah dapat untung dari sewa, make sure installment dia sama ngan installment bank. kita untung dari segi :

1. Installment tu kita tak yah bayar...tapi rumah tu kita punya.(pakai duit sewa untuk bayar)
2. Kalau harga pasaran dah naik 10%-20% kita boleh jual dan untung kat situ dah boleh invest kat tempat lain pulak.
3. Dapat tax exemption on bunga(interest) yang kita servis kat bank...kalau nak tau lebih nanti korang hantar email kat aku, abdulhamid111174@yahoo.co.uk.

Berbalik pasal rumah kat Bukit Beruntung nyer cerita pulak.Rumah kat situ aku rasa ada beribu-ribu lemon...kosong...sebab untuk rumah tu kosong ada banyak :
1. Kebanyakan tuan rumah yang situ kerja kat KL dan PJ. jadi tak viable untuk duduk situ, tol dari situ ke PJ RM5 untuk keluar dan balik pun RM5 gak, itu belum masa minyak dan masa yang terbuang dengan distance yang jauh...
2. Bila banyak rumah kosong, takder hati pulak aku nak tinggal kat situ....nak buat aktivity apa kat situ....lagi satu, takut ooooo, kalau tinggal sorang-sorang. Aku memang takut hantu....kalau bunyi angin kuat sikit pun aku dah seram...

Aku dah kerja kat banking line ni sebagai consultant dah lebih 10 tahun, jadi apa yang aku tulis kat sini, dikutip dari pengalaman aku sendiri dan pengalaman customer aku. Pelangganlah yang banyak mengajar aku jadi matang kat dalam segi investment property ni. Kalau ada sesape yang tak setuju tentang apa yang aku tulis ni, tak apalah, aku cume nak kongsi jer, apa yang aku rasa dan hadapi seharian.

Ibu tunggal pun boleh berjaya, tapi mindset nak kena buat overhaul sikit. Ada orang yang dah takleh di overhaul pun. Dah sampai tahap kena tukar enjin dah....kesian aku nengok mak J yang seluruh pemikirannya diselaputi debu. Jangan harap sangat pada orang lain nak tolong kita. Pertama kita mesti tolong diri sendiri, pastu baru boleh tolong orang lain. Kita mesti kuat untuk anak- anak dan masyarakat. Setiap orang ada peranannya dalam pembinaan ummah.

Falsafah aku, hidup bersama adalah satu perkongsian, (macam company sendirian berhad, tapi jangan buat macam sole prop atau enterprise nanti lingkup entity yang terbina) jadi setiap partners dalam company Sendirian Berhad kena contribute untuk kejayaan syarikat atau rumah tangga.Anak-anak pun ada hak untuk dibawa berbincang dan kita kena dengar apa rasa hati diaorang kat dalam entity kekeluargaan kita.

Kalau yang tak der suami pulak, kita ada 50% kepentingan dalam keluarga, selebihnya tu untuk anak-anak punya syer.....kena dengar apa kata shareholder yang lain jugak, 50% bukan bermakna kita ada kuasa Veto dalam segalanya.....

Friday, 25 February 2011

Boss call pukul 12.45 hari ni.

Dear Encik bos,

Keluhan hatiku......dah dua kali Sabtu saya g kerja kat tempat jual rumah tu...hari ni bagi la saya cuti .... minggu depan 5 Mac pun tak dapat g sebab ada training untuk memantapkan lagi sales. Nanti saya ganti balik kerja selama 4 kali sabtu, ok tak bos,,,,,,,

Petang ni, ingat nak g beli hadiah hari jadi kat Digital mall, dah tau dah nak beli apa, bajet kurang sikit bulan ni, sebab kena bayar hutang tabung (sendiri punya) RM250.00. kalau tak bayar nanti tak leh pinjam lagi.....walaupun tabung tu kita punya, takleh gak amik sesuka hati sebab setiap tabung tu ada tujuan dia sendiri.

aku ada lima tabung.
1.ASB - Simpanan hari tua
2.Buku - Untuk beli buku setiap bulan (bukan majalah tau) untuk mendalamkan ilmu
3.Play account - tabung nih yang best sekali, aku mesti habis pakai tabung ni, setiap kali dia ada isi...buat tengok wayang, jalan- jalan. tak kira lah apa saja yang menyeronokkan aku.
4. Gift account - Ni untuk bagi sedekah kat sapa-sapa yang memerlukan, selalunya bagi kat surau jer,
6. Long Term Saving for balik kampung atau keluar dari kawasan PJ.......contoh g cameron ker...

Nak tau tak berapa aku contribute setiap hari....mula mula dulu susah gak nak masuk duit kat tabung ni, aku letak seposen jer setiap tabung, pastu upgrade to 50 sen, singgit, dan sekarang dah naik RM2 setiap hari....jadi 10 hinggit lah setiap hari....kalau aku lupa satu hari ,,,,,,,esoknya ganti lah apa yang lupa tu....

aku belajar benda ni pun dari buku....Secret of Millionaire Mind....ramai orang kata buku cam ni merepek jer....tapi bagi aku, apa yang elok dan buat aku gembira, aku buat jer....

Aktiviti hari Jumaat 25 Feb 2011

Hari yang panjang, banyak benda nak buat nih....
bangun tidur buat aktiviti yang biasa dibuat waktu pagi......hahahahaha, Takder appointment pun ari ni...kat ofis buat call sikit pada client update status pinjaman diaorang.....

Rasanya lepas Zohor baru kena g amik anak.....hantar kelas tambahan. (Another routine) alamak ada pulak letter offer nak amik dari ofis di Bangsar, harap dah siap ler...nak scan bagi client malam ni...kalau ingat pasal kerja ni memang tak habis wooooooo, dah kerja consultant ni, sendiri kena ingatlah.

Nak lepak jap ah, kat kedai kopi dengan anak dan anak angkatku. Aku tinggal diaorang kat situ, sambung pulak meeting another business partner kat Bangsar jugak. Abis meeting pukul tujuh suku.

Aku ada join freecycle.com, dia orang ala-ala cam kitar semula nyer group.Ada group member nak donate majalah The Economist. Banyak gak, aku collect.....bacalah untuk menambah pengetahuan, aku memang minat subject nih......nanti kalau aku ada barang nak kasi percuma, post jer news kat website diaorang...kalau ada yang minat. Nanti dia amik lah ,percuma jer.. nanti kita sambung lagi lah..nak update kertas kerja nih.

Thursday, 24 February 2011

Flash Back

Take a peek at my past....my lovely daughter was born in 28/Feb/1997. yeah my other half leave me alone in the dark on 08/04/1998.

I am a survivor all this while......anyone dare to say a woman will not survived this storm....hermmmm. Looking back to sad memory will make me stronger each day. Working as a consultant, my life is blessed. Early morning sending my lovely kid to school, fetch her back after school and watching her grow everyday has made my life more meaningful.