Saturday, 26 February 2011

Hari Ahad takder benda nak buat hari ni.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ingat hati nak g Bukit Beruntung jap g pukul 2 petang. Nak pasang sign board. Nak sewakan rumah flat aku yang dah lebih 3 bulan kosong. Nak tau tak pasal apa tak der orang sewa, adalah bank tuh,,,,aku ambil loan rumah ngan diaorang, lama gak akaun aku tertunggak, tak berbayar.... malas nak bayar, attitude ni dipanggil Crime of Opportunity (aku reka perpatah ni). Aku ingat kalau tak bayar pun bank tak leh nak buat apa kat aku.

Tup-tup dia hantar orang untuk buat valuation,(nak lelong lah tu...) penyewa aku terus lari waktu malam....malu pada jiran katanya...aku pun ngan rasa insaf, sambung jer lah bayar loan rumah tu....pakai duit EPF... dan bayar gak setiap bulan kat bank.

Aku sakit hati nak bayar, sebab income dari sewa cuma RM150. Aku dok bayar bank ni RM350 setiap bulan dari tahun 1999. cuba buat math sikit...... kalau kita bayar RM350*100 bulan, dah terbakar duit aku RM35,000.(itu belum campur bunga yang dibayar waktu 3 tahun pembinaan) Tak sedar kena sedut sikit-sikit. Lama-lama pokai gak, kalau berterusan cam ni. Duit maintenance pun kena bayar gak woooo.Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water dan segala macamlah yang kena bayar....


Aku beli rumah tu masa lepas lahirkan anak, ingat hati untuk bagi kat dia tinggal kalau dah dewasa esok. Tapi kalau ada rezeki orang sewa tu, balik modal lah kot. Kalau sewa dia sama ngan installment, berbaloi lah investment aku..tapi hampeh...beli RM45 ribu. Sekarang market value cuma RM15 ribu jer....moral of the story kat sini, kalau nak invest, beli lah rumah yang dah ada penyewa, bulan pertama tu kita dah dapat untung dari sewa, make sure installment dia sama ngan installment bank. kita untung dari segi :

1. Installment tu kita tak yah bayar...tapi rumah tu kita punya.(pakai duit sewa untuk bayar)
2. Kalau harga pasaran dah naik 10%-20% kita boleh jual dan untung kat situ dah boleh invest kat tempat lain pulak.
3. Dapat tax exemption on bunga(interest) yang kita servis kat bank...kalau nak tau lebih nanti korang hantar email kat aku, abdulhamid111174@yahoo.co.uk.

Berbalik pasal rumah kat Bukit Beruntung nyer cerita pulak.Rumah kat situ aku rasa ada beribu-ribu lemon...kosong...sebab untuk rumah tu kosong ada banyak :
1. Kebanyakan tuan rumah yang situ kerja kat KL dan PJ. jadi tak viable untuk duduk situ, tol dari situ ke PJ RM5 untuk keluar dan balik pun RM5 gak, itu belum masa minyak dan masa yang terbuang dengan distance yang jauh...
2. Bila banyak rumah kosong, takder hati pulak aku nak tinggal kat situ....nak buat aktivity apa kat situ....lagi satu, takut ooooo, kalau tinggal sorang-sorang. Aku memang takut hantu....kalau bunyi angin kuat sikit pun aku dah seram...

Aku dah kerja kat banking line ni sebagai consultant dah lebih 10 tahun, jadi apa yang aku tulis kat sini, dikutip dari pengalaman aku sendiri dan pengalaman customer aku. Pelangganlah yang banyak mengajar aku jadi matang kat dalam segi investment property ni. Kalau ada sesape yang tak setuju tentang apa yang aku tulis ni, tak apalah, aku cume nak kongsi jer, apa yang aku rasa dan hadapi seharian.

Ibu tunggal pun boleh berjaya, tapi mindset nak kena buat overhaul sikit. Ada orang yang dah takleh di overhaul pun. Dah sampai tahap kena tukar enjin dah....kesian aku nengok mak J yang seluruh pemikirannya diselaputi debu. Jangan harap sangat pada orang lain nak tolong kita. Pertama kita mesti tolong diri sendiri, pastu baru boleh tolong orang lain. Kita mesti kuat untuk anak- anak dan masyarakat. Setiap orang ada peranannya dalam pembinaan ummah.

Falsafah aku, hidup bersama adalah satu perkongsian, (macam company sendirian berhad, tapi jangan buat macam sole prop atau enterprise nanti lingkup entity yang terbina) jadi setiap partners dalam company Sendirian Berhad kena contribute untuk kejayaan syarikat atau rumah tangga.Anak-anak pun ada hak untuk dibawa berbincang dan kita kena dengar apa rasa hati diaorang kat dalam entity kekeluargaan kita.

Kalau yang tak der suami pulak, kita ada 50% kepentingan dalam keluarga, selebihnya tu untuk anak-anak punya syer.....kena dengar apa kata shareholder yang lain jugak, 50% bukan bermakna kita ada kuasa Veto dalam segalanya.....

No comments:

Post a Comment